Football Club Internazionale Milano

F.C. Internazionale Milano,[4] ataupun disebut sebagai Internazionale (disebut [ˌinternattsjoˈnaːle]) atau secara ringkasnya Inter, dan di luar Itali ia disebut sebagai Inter Milan atau Inter Milano,[5] merupakan sebuah kelab bola sepak profesional Itali yang berpangkalan di Milan, Lombardy. Kelab ini telah bermain di Serie A sejak penubuhannya pada 1909.Inter telah memenangi 30 trofi domestik termasuk 18 kejuaraan liga, tujuh Coppa Italia dan lima Supercoppa Italiana. Dari tahun 2006 hingga 2010, kelab ini memenangi lima kejuaraan liga berturut-turut.[6] Inter juga telah memenangi tiga gelaran Liga Juara-Juara. Inter merupakan satu-satunya kelab Itali berjaya melengkapkan siri treble dalam satu musim pada tahun 2010 dengan memenangi scudetto, Coppa Italia dan Liga Juara-Juara.[7] Selain itu, kelab ini juga memenangi tiga Piala UEFA, dua Piala Antara Benua dan satu Piala Kelab Dunia FIFA.Inter bermain di laman sendiri di Stadium San Siro (berkapasiti 80,018), atau dikenali sebagai Stadio Giuseppe Meazza. Inter berkongsi stadium terbesar di Itali ini dengan pesaing utama, A.C. Milan. Perlawanan antara Inter dan Milan antara perlawanan dinanti-nantikan oleh penonton bukan sahaja di Itali, malah di seluruh dunia. Pertembungan kedua-dua pasukan ini dikenali sebagai Derby della Madonnina.[8] Sehingga 2010, Inter merupakan kelab kedua di Itali memiliki peminat teramai dan keenam paling ramai peminat di Eropah. Inter salah satu kelab paling berharga di Itali dan di dunia bola sepak.[9] Kelab ini turut merupakan salah satu pengasas G-14, iaitu kumpulan yang mewakili 18 kelab bolasepak paling besar dan berprestij di Eropah sebelum ia dibubarkan.

Football Club Internazionale Milano

Stadium San Siro
(Muatan: 80,018)
Pemilik International Sports Capital HK Ltd. (70%)[1]
Internazionale Holding S.r.l. (29.5%)[2]
Pirelli (0.5%)[3]
Diasaskan 9 Mac 1908; 112 tahun yang lalu (1908-03-09)
Tapak sesawang Laman kelab
Ketua jurulatih Antonio Conte
2018–19 Serie A, ke-4
Nama penuh Football Club Internazionale Milano S.p.A.
Liga Serie A
Presiden Zhang Kangyang
Gelaran
  • I Nerazzurri (Hitam dan Biru)